|
Post by Megat on Dec 15, 2007 15:27:42 GMT 8
Pengumuman penting kepada semua ahli kelab HISAAC.Mulai dari semester ini kita mempunyai ruangan forum sendiri yang membolehkan kita bertukar-tukar maklumat dan membincangkan apa-apa perkara selagi ia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam forum ini.Semoga dengan kewujudan ruangan forum ini, ikatan ukhuwwah antara kita sesama Mahasiswa Perakaunan UMT akan bertambah erat dan akan saling membantu di antara satu sama lain. Sekiranya berkesempatan anda padatkan forum ini dengan pelbagai informasi yang befaedah dan berguna.Selamat Datang Semua!!!!
|
|