|
Post by Megat on Dec 13, 2007 23:28:26 GMT 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pertama kalinya terima kasih dan tahniah kerana anda menyertai Forum HISAAC UMT ini dan juga ucapan terima kasih kerana memberikan sokongan terhadap salah satu aktiviti kelab HISAAC ini.Sebelum anda melakukan sebarang posting terhadap forum ini.Di sini terdapat beberapa peraturan yang anda perlu patuhi apabila melayari forum ini:
1. Anda diingatkan supaya tidak menggunakan sebarang kata-kata KESAT dan berunsur LUCAH yang boleh menjatuhkan maruah dan peribadi seseorang. 2.Dilarang memaparkan maklumat peribadi tanpa izin tuan empunya diri. 3. Sebarang posting yang berbentuk SPAM adalah tidak dibenarkan. 4. Dilarang melakukan sebarang posting yang melanggar etika sebagai seorang mahasiswa. 5. Dilarang sama sekali membincang perkara-perkara yang illegal seperti cara merompak,meragut,menyamun dan sebagainya. 6. Sekiranya ingin membincangkan sesuatu yang dianggap peribadi anda perlulah menggunakan PM (Private Mesagge) yang disediakan di laman ini. 7. Sebarang tindakan yang melanggar peraturan di atas pihak Administator tidak akan teragak-agak untuk MEMADAM posting tersebut dan akaun anda akan di BANNED untuk sehingga tempoh yang dinyatakan. 8. Sekiranya anda tidak pasti samada topik yang ingin anda buka itu sudah wujud atau tidak.Anda boleh menggunakan enjin carian SEARCH yang terdapat di sebelah button HELP.
Terima kasih di atas kerjasama yang anda berikan.Semoga forum ini dapat menambahkan pengetahuan dan bertukar-tukar maklumat bagi memantapkan diri anda sebagai seorang mahasiswa Perakaunan.
|
|