|
Post by Faris Saharuddin on Dec 14, 2007 0:14:45 GMT 8
Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada semua ahli Kelab HISAAC yang mendaftar sebagai ahli di forum ini.Forum ini adalah cetusan idea daripada Jawatankuasa HISAAC sesi 2007/2008 dalam memantapkan penyebaran maklumat dikalangan ahli-ahli kelab terutamanya melalui ruangan maya ini.Fungsi forum ini sama dengan blog-blog komersial yang lain seperti Friendster,Myspace,Hi5 dan sebagainya namun skop kita untuk forum ini adalah lebih kecil dan tertumpu khususnya di kalangan ahli kelab HISAAC sahaja.Justeru itu,saya mengharapkan anda semua menggunakan forum ini dengan sebaik-baiknya supaya kita semua memperolehi impak yang baik daripada forum ini.Janganlah menjadikan forum ini sebagai tempat untuk menghentam ataupun mengkritik individu-invidu tertentu sebaliknya jadikanlah ia sebagai platfrom yang terbaik untuk kita memperolehi ilmu dan bertukar-tukar buah fikiran dalam menjadikan diri kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.Terima Kasih.
|
|